Juara dunia F1 tujuh kali, Lewis Hamilton, menegaskan kontraknya bersama Ferrari akan tamat pada 2027 dan dia masih fokus untuk terus berlumba
MONTREAL: Jaguh Formula Satu , Lewis Hamilton belum terfikir untuk bersara meskipun terus dihimpit spekulasi mengenai masa depannya bersama Ferrari . Juara dunia tujuh kali itu berkata, kontraknya bersama Ferrari tamat pada 2027, sekali gus menepis dakwaan kononnya dia bakal meninggalkan sukan tersebut dalam masa terdekat.
“Saya masih fokus, masih bermotivasi dan masih mencintai apa yang saya lakukan sepenuh hati, jadi biasakan diri kerana saya akan berada di sini untuk tempoh yang lama lagi,” kata Hamilton. Hamilton turut mendakwa ada pihak ‘memaksanya bersara’ hanya kerana dia masih belum memenangi perlumbaan bersama Ferrari sejak menyertai pasukan itu dari Mercedes tahun lalu. Menurut pelumba Britain itu, kejayaan bukan semata-mata diukur berdasarkan kemenangan atau podium, sebaliknya lebih kepada perkembangan yang dicapai sepanjang musim.
“Ramai orang cuba paksa saya bersara, tetapi perkara itu langsung tidak pernah berada dalam fikiran saya. “Bagi saya, selagi masih ada perkembangan dan peningkatan, itu sudah dianggap kejayaan walaupun orang luar hanya melihat keputusan perlumbaan semata-mata,” katanya. Hamilton yang memegang rekod 105 kemenangan dan 104 petak utama turut mendedahkan dia mengubah pendekatan menjelang Grand Prix Kanada apabila memilih untuk tidak menggunakan simulator Ferrari di Maranello.
“Saya rasa kadang-kadang simulator membuatkan keadaan jadi bercelaru kerana apa yang kita rasa sesuai di sana tidak semestinya sama apabila tiba di litar sebenar. “Sebab itu kali ini saya memilih untuk lebih fokus kepada data dan memahami kereta dengan lebih baik,” katanya. – AGENSI
Lewis Hamilton F1 Ferrari Grand Prix Kanada Formula Satu
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Lewis Hamilton addresses retirement talk, confirms Ferrari contract for 2027Lewis Hamilton, seven-time Formula One world champion and a driver for Ferrari, spoke out against retirement speculation in the sport. He confirmed his contract with Ferrari until 2027 and expressed his intention to stay in the sport for some time. Hamilton also talked about his focus, motivation, and a change in approach for the Canadian Grand Prix.
Read more »
Penang braces for 1.9 million vehicles amid holiday rush, police intensify traffic opsMONTREAL, May 21 (Reuters) - Lewis Hamilton admitted he shed a tear over Arsenal's Premier League title triumph, as the conversation turned to football on Thursday ahead of the Canadian Grand Prix in Montreal.
Read more »
Two held over deadly helium cylinder blast in Sg PetaniMONTREAL, May 21 (Reuters) - Lewis Hamilton admitted he shed a tear over Arsenal's Premier League title triumph, as the conversation turned to football on Thursday ahead of the Canadian Grand Prix in Montreal.
Read more »
Motor racing-Hamilton sheds tear over Arsenal title as drivers swap lap times for football talkNEW YORK, May 21 (Reuters) - The Texas Attorney General's Office on Thursday sued WhatsApp and its parent company Meta Platforms Inc alleging they misled consumers about the strength and scope of WhatsApp's encryption measures, which a Meta spokesman denied.
Read more »



