Beyond the Breaking News

Pas mempertanyakan tindakan ADUN Bersatu di Negeri Sembilan

Politik News

Pas mempertanyakan tindakan ADUN Bersatu di Negeri Sembilan
PasTan Sri Abdul Hadi AwangAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

Ketua Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, mempertanyakan tindakan ADUN Bersatu di Negeri Sembilan yang menarik balik Akaun Bersumpah (SD) sokongan terhadap pembentukan kerajaan negeri, dengan menyatakan ini sebagai satu langkah melanggar setia kawan.

Share on telegram ​MARANG: Pas menyifatkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Negeri Sembilan yang menarik balik Akuan Bersumpah sokongan terhadap pembentukan kerajaan negeri itu sebagai satu langkah yang melanggar prinsip setia kawan.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah menghantar surat kepada Bersatu bagi menyatakan bantahan berhubung tindakan mengejut wakil rakyat mereka itu. ​Katanya, Pas mempunyai tiga kerusi manakala Bersatu memiliki dua kerusi di Negeri Sembilan yang mana jika dicampurkan dengan 14 kerusi daripada UMNO, gabungan itu sudah mempunyai jumlah yang cukup iaitu 19 kerusi untuk menyatakan kepercayaan kepada kerajaan negeri. ​”Tetapi tiba-tiba Bersatu menarik balik SD tersebut dan membatalkannya.

Kita menganggap ini sebagai satu langkah yang melanggar setia kawan antara kita. Alasan-alasan mereka itu tidak boleh diterima.

“Mengapa Bersatu menarik balik sedangkan UMNO pun tidak menarik balik? ” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini, hari ini. Terdahulu, ​kemelut politik di Negeri Sembilan menyaksikan dua ADUN Bersatu iaitu ADUN Gemas, Ridzuan Ahmad dan ADUN Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker mengambil pendirian berkecuali.

​Ridzuan menjadi wakil rakyat Perikatan Nasional pertama mengumumkan pendirian itu atas alasan mahu mengekalkan kestabilan politik manakala Mohamah Hanifah menyusul dengan menegaskan sebarang perubahan pentadbiran harus dikembalikan kepada mandat rakyat melalui pilihan raya. Abdul Hadi berkata, tindakan tersebut bukan kali pertama dilakukan oleh Bersatu yang dilihat tidak menghormati semangat setia kawan dalam gabungan PN. ​”Sebelum ini, mereka telah bertindak di Perlis dengan menyokong usul tidak percaya terhadap Menteri Besar kita di Perlis.

Walaupun mereka bertindak begitu, kita telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada mereka dan kita masih bersabar demi keutuhan PN. ​”Apabila perkara ini berlaku lagi, kita akan mengkaji dan berbincang dengan pimpinan Perlis mengenai tindakan selanjutnya. Apabila mereka tidak menghormati PN, apa lagi yang boleh kita katakan? ” katanya.

Mengenai cadangan sesetengah pihak yang mahu merombak pentadbiran di Kedah dan Kelantan membabitkan kedudukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Kedah serta jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri di kedua-dua negeri berkenaan, beliau berkata, Pas menolak cadangan merombak pentadbiran sedia ada memandangkan prestasi semua individu yang memegang jawatan tersebut berada pada tahap yang baik. –

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan Akaun Bersumpah (SD) Formation Kerajaan Kerajaan Negeri

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki Menerima Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris ShahADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki Menerima Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris ShahWong Siew Ki, ADUN Seri Kembangan, menerima titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan tegas menyatakan dukungannya pada prinsip Rukun Negara. Siew Ki menegaskan komitmennya untuk senantiasa menghormati dan mematuhi lima prinsip Rukun Negara.
Read more »

Rujuk 'minda presiden Pas', elak keluar kenyataan bercanggah akidah, syariat-Dewan Ulama Pas KelantanRujuk 'minda presiden Pas', elak keluar kenyataan bercanggah akidah, syariat-Dewan Ulama Pas KelantanRujuk 'minda presiden Pas', elak keluar kenyataan bercanggah akidah, syariat-Dewan Ulama Pas Kelantan
Read more »

‘Patience has limits’: PAS reviewing ties with Bersatu ahead of GE16, says Hadi‘Patience has limits’: PAS reviewing ties with Bersatu ahead of GE16, says HadiKUALA LUMPUR, May 22 — PAS is reviewing its political relationship and cooperation with Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ahead of the 16th general election (GE16),...
Read more »

PAS re-examining ties with Bersatu, says HadiPAS re-examining ties with Bersatu, says HadiPAS president says the party will look into every aspect of its relationship with its PN ally.
Read more »



Render Time: 2026-05-22 07:55:20