The article highlights the low production costs and royalties received by TV entertainment producers in Malaysia, leading to struggles for survival and job opportunities. It also discusses the potential impact on artists and the future of students pursuing filmmaking degrees in private and public institutions.
PETALING JAYA: Kadar bayaran penerbitan telefilem stesen televisyen swasta iaitu kira-kira RM130,000 bagi setiap judul, disifatkan masih di takuk lama tanpa sebarang perubahan sejak lebih 30 tahun lalu.
Situasi itu bukan sahaja membebankan lebih 1,000 penerbit di negara ini, malah memberi kesan besar kepada kira-kira 22,500 kru produksi dan keseluruhan ekosistem industri kreatif tempatan. Lebih membimbangkan, stesen televisyen ketika ini didakwa hanya mengitar semula karya lama tanpa penambahan judul baharu sehingga menjejaskan peluang pekerjaan dalam industri berkenaan. Perkembangan tersebut turut menimbulkan persoalan mengenai masa depan pelajar dalam bidang berkaitan perfileman di institusi pengajian tinggi swasta serta universiti awam termasuk Universiti Teknologi Mara .
Bagi seorang penerbit, Iskandar Zulkarnain berkata, kadar bayaran rendah yang diterima ketika ini tidak lagi selari dengan peningkatan kos produksi termasuk sewaan peralatan, bayaran dan kru artis serta kos logistik. Katanya, dia sendiri pernah menerbitkan sebuah telemovie daripada syarikat swasta dengan kos produksi sekitar RM127,000 dengan nilai bayaran yang diterima hanya RM130,000.
“Bayangkan untung diatas kertas hanya RM3,000 untuk satu judul pada masa. Bagaimana dengan kos pre produksi beberapa minggu sebelum pengambara dan kos minyak untuk pergi meninjau kawasan?
“Itu belum termasuk bayaran artis. Adakalanya, stesen televisyen mahu artis terkemuka yang sudah pasti kosnya lebih tinggi. Malah, ada satu ketika saya dan rakan sendiri terpaksa tambah RM20,000 untuk bayaran artis, berbanding bayaran yang diterima hanyalah RM110,000. Kami terpaksa ‘belanja’ bayar artis dulu dengan harapan ada ‘job’ seterusnya dan mahu bina nama dengan kualiti karya terbaik.
Namun apa yang tinggal hanyalah harapan semata-mata,” katanya baru-baru ini. Kerajaan pada tahun 2019 meluluskan kadar bayaran kepada pengkarya seni kreatif bagi siaran hasil karya di RTM. Kadar kenaikan yang diluluskan mengikut kategori rancangan adalah 20 peratus sehingga 60 peratus bagi telefilem manakala bagi drama bersiri pula , dokumentari dan majalah serta animasi bersiri .
Tambah Iskandar, keadaan tersebut menyebabkan syarikat penerbitan terutama yang berskala kecil sukar untuk meneruskan operasi dan menyifatkan ekosistem industri kreatif di negara ini semakin meruncing.
“Untuk meneruskan operasi, syarikat penerbitan yang perlu didaftarkan di bawah syarikat sendirian berhad perlu membayar cukai dan dalam masa yang sama wajib membuat audit tahunan yang menelan kos sekitar RM5,000 ke RM20,000. “Jadi cuba bayangkan kalau kami hanya sekadar dapat satu atau dua ‘job’. Itu belum lagi lain-lain kos,” jelasnya. Sementara itu Iskandar berkata, tindakan stesen televisyen yang mengitar semula setiap karya berulang kali turut ‘mencemar’ ekosistem industri kreatif.
“Banyak pihak yang sebelum ini bercakap soal isu royalti b diperkatakan, namun realitinya kebanyakan penerbit dan kru tidak menerima manfaat yang setimpal. Jika dahulu, sesebuah telemovie kebiasaannya hanya ditayangkan sekali atau ulang siar dibuat atas faktor tertentu seperti menghargai pelakon yang telah meninggal dunia. Namun kini, ada karya yang ditayangkan berkali-kali tanpa ada kontrak jelas yang bertulis mengenai hak siaran berulang tersebut.
“Walhal, kami dibayar sekali saja untuk menghasilkan karya tersebut. Kami juga perlu bekerja dan perlu membayar gaji kru untuk setiap karya,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, pemilik Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.
Datuk Rosyam Nor berkata, industri penerbitan drama dan telefilem sememangnya tidak begitu menguntungkan sebagaimana yang disangka ramai. Katanya, ramai beranggapan penerbit memperoleh keuntungan besar, namun hakikatnya kadar bayaran produksi masih berada pada tahap hampir sama sejak lebih 20 tahun lalu.
“Ketika ini, jumlah penerbit di Malaysia juga sudah terlalu ramai, namun peluang dan kadar bayaran masih tidak banyak berubah. “Bagi penerbit lama yang masih bertahan dalam industri, kebanyakannya hanya memperoleh keuntungan kecil dan terus bekerja kerana minat terhadap bidang kreatif ini,” katanya. Rosyam turut berharap pihak kerajaan termasuk RTM perlu menilai semula kadar bayaran yang lebih munasabah bagi sesebuah produk televisyen agar selari dengan kos semasa dan dapat membantu kelangsungan syarikat produksi tempatan. – UTUSAN
Malaysia Entertainment Production Costs Royalties Jihad Zulkarnain Iskandar Zulkarnain Telefilm Drama Institutes Of Higher Learning
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kiehl’s & Grab Malaysia Celebrate Female Delivery Riders through Suncare Initiative in MalaysiaKiehl's and Grab Malaysia teamed up to support Malaysian female delivery riders through a sun care initiative at Sunway Pyramid. Over 100 women took part in a symbolic convoy ride, with 100 female delivery partners in a symbolic convoy ride to highlight their resilience and raise awareness about the importance of sun protection and well-being while working outdoors.
Read more »
Masuk Mekah tanpa permit: Malaysia tunggu siasatanMalaysia sedang menunggu siasatan berkenaan dakwaan lima rakyat Malaysia yang ditahan memasuki Mekah tanpa permit.
Read more »
Letshanaa stuns Japanese rival to enter Malaysia Masters quartersHowever, compatriot Goh Jin Wei was knocked out in the second round.
Read more »
Pengguna Malaysia Diharapkan Bakal Maju Lebih Selama Percakapankan Data Kewangan: Bank Negara MalaysiaPenyelewaan acara berkenaan bertujuan membolehkan perkongsian data secara selamat diantara penyedia perkhidmatan kewangan bagi mewujudkan pengalaman pelanggan yang lebih lancer.
Read more »



