MR DIY Group plans to open 15% of its new stores in Malaysia's East region in 2026, a significant increase from the previous 11-12% expansion rates, driven by higher profit margins and competitive advantages in Sabah and Sarawak.
PETALING JAYA: MR DIY Group Bhd terus mengorak langkah agresif memperluaskan operasinya di Malaysia Timur apabila memperuntukkan 15 peratus daripada keseluruhan pembukaan cawangan baharunya pada tahun ini di wilayah berkenaan.
Strategi terbaharu itu meningkat berbanding sekitar 11 hingga 12 peratus pada beberapa tahun sebelum ini, sekali gus dilihat mampu menjadi pemacu baharu pertumbuhan syarikat berikutan cawangan di Sabah dan Sarawak merekodkan tahap keuntungan lebih tinggi selain persaingan yang kurang sengit. Penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Soong Wei Siang berkata, langkah berkenaan turut mengukuhkan kedudukan MR DIY untuk terus memanfaatkan kecenderungan pengguna terhadap barangan bernilai dan harga mampu milik ketika kos sara hidup kekal mencabar.
Sehubungan itu, beliau berkata, bank pelaburan itu mengekalkan saranan ‘beli’ terhadap saham MR DIY dengan harga sasaran RM2.20 sesaham, yang menawarkan potensi kenaikan 29 peratus selain hasil dividen sekitar enam peratus.
“Keputusan suku pertama 2026 secara keseluruhan menepati jangkaan, disokong pertumbuhan margin untung kasar, jualan kedai sama yang kekal positif serta pengembangan cawangan yang berterusan. “Kami berpandangan saham ini masih mempunyai ruang peningkatan memandangkan syarikat berada dalam kedudukan baik untuk mendapat manfaat daripada perubahan corak perbelanjaan pengguna kepada produk lebih murah,” katanya.
Bagi suku pertama berakhir Mac 2026, MR DIY mencatat untung bersih RM192 juta, meningkat 10 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, manakala hasil kumpulan meningkat sembilan peratus kepada RM1.4 bilion. Prestasi memberangsangkan itu dipacu oleh penambahan bersih 123 kedai baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan cawangan kumpulan kini mencecah 1,583 buah kedai di seluruh negara.
Dalam masa yang sama, pengukuhan nilai ringgit turut membantu kumpulan itu melaksanakan kempen jaminan harga ‘Harga Tetap Sama’ bagi menarik lebih ramai pengguna yang mementingkan nilai perbelanjaan. Kumpulan itu turut mengumumkan pengagihan dividen interim pertama sebanyak 1.6 sen sesaham bagi suku dikaji berbanding 1.4 sen bagi tempoh sama pada tahun 2025.
Sementara itu, Wei Siang menambah, penyertaan MR DIY dalam program Sumbangan Asas Rahmah dijangka diperluaskan kepada kira-kira 250 kedai menjelang separuh pertama tahun ini bagi meningkatkan lagi jumlah kunjungan pelanggan ke rangkaian cawangan syarikat. – UTUSAN
MR DIY Group Malaysia East Market Expansion Higher Profits Competitive Advantage
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kiehl’s & Grab Malaysia Celebrate Female Delivery Riders through Suncare Initiative in MalaysiaKiehl's and Grab Malaysia teamed up to support Malaysian female delivery riders through a sun care initiative at Sunway Pyramid. Over 100 women took part in a symbolic convoy ride, with 100 female delivery partners in a symbolic convoy ride to highlight their resilience and raise awareness about the importance of sun protection and well-being while working outdoors.
Read more »
Masuk Mekah tanpa permit: Malaysia tunggu siasatanMalaysia sedang menunggu siasatan berkenaan dakwaan lima rakyat Malaysia yang ditahan memasuki Mekah tanpa permit.
Read more »
Construction costs in Malaysia rise up to 15pc as diesel prices bite, says contractors groupKOTA BHARU, May 21 — The increase in diesel prices has affected the construction industry, with building material costs currently rising by between 20 and 30 per cent, said the...
Read more »
Pengguna Malaysia Diharapkan Bakal Maju Lebih Selama Percakapankan Data Kewangan: Bank Negara MalaysiaPenyelewaan acara berkenaan bertujuan membolehkan perkongsian data secara selamat diantara penyedia perkhidmatan kewangan bagi mewujudkan pengalaman pelanggan yang lebih lancer.
Read more »



